skrip 7707

huhu ahad hr tu aku layan cite ni
ni pn hasil perbalanjaan kawan aku si topo
kuar dating ngan topo dan adik nye mija
janji nk gerak awal tp minah ni sampai kat kol 6ptg jugak [sabo jela aku]
tp da dia booked aku dr hr khamis kot
so xnk la kecewa kn die
aku turuti aje ah :)

kol 6lebey tu kitorg sampai alamanda
terus bratur cari tiket
mule-mule nk tgk kt midvalley
tapi sbb aku mls nk drve sndiri n xtau jalan
so aku suggest tgk je kt alamanda ni
ngee~
layanzz~

cite die cmni..

Filem ini mengisahkan tentang seorang penerbit yang mempunyai himpunan skrip. Beliau di dalam proses menghasilkan sebuah filem seram tetapi menghadapi masalah untuk mendapatkan satu skrip filem.

Beliau telah mengarahkan pembantunya mengiklankan dalam suratkhabar harian mengenai perjumpaan kepada mereka yang boleh berkongsi cerita – cerita seram berdasarkan pengalaman atau cerita – cerita yang pernah didengari oleh mereka.Cerita yang terpilih akan mendapat imbuhan. Perjumpaan tersebut diadakan di sebuah tempat yang strategik.

Pada malam yang ditetapkan, penerbit tersebut telah pergi ke lokasi yang telah ditetapkan. Kedatangan beliau telah dinantikan oleh seramai 9 orang peserta yang telah bersedia untuk berkongsi cerita seram dengan beliau. Perjumpaan pada malam tersebut telah dirakamkan dalam bentuk video sebagai bahan rujukan beliau.

Cerita dimulakan dengan cerita pengalaman penerbit itu sendiri iaitu dengan menceritakan kisahnya yang berlaku semasa beliau mula – mula menjejakkan kaki ke menara gading.

Cerita diteruskan dengan pencerita kedua sehingga yang terakhir.

Setelah selesai, beliau merasa puas hati dengan koleksi cerita yang telah diperolehinya. Setelah mengucapkan terima kasih kepada semua, beliau pun pulang.

Pada keesokkan harinya, sewaktu penerbit itu sedang menyiapkan skrip tersebut, pembantu peribadinya memaklumkan kepada beliau mengenai sambutan iklan yang telah disiarkan dalam suratkhabar dan ramai yang berminat untuk berkongsi kisah mereka. Pembantunya juga mengingatkan bahawa pada malam hari ini perjumpaan tersebut akan diadakan.

Penerbit tersebut terkejut dan mulai berasa hairan kerana perjumpaan tersebut telah pun diadakan pada malam sebelumnya. Kerana tidak berpuas hati dengan mesej yang disampaikan oleh pembantu peribadinya, beliau telah memainkan semula rakaman yang telah dirakam pada malam tersebut. Tetapi beliau sangat terkejut apabila mendapati hanya audio sahaja yang kedengaran tanpa ada visual di dalam rakaman tersebut.

Yang menjadi persoalannya, siapakah orang yang ditemui pada malam tersebut. Beliau sendiri tidak pasti. Yang pastinya, beliau telah memporelehi bahan cerita yang diingininya selama ini.

-tamat-

kuar wayang tu, kitorg duk window shopping
teman topo nk cari beg ah.
kunun nye tapi sume die tak berkenan
da penat jalan,kitorg pn balik
sbb terlalu pnat n esok nk keje
aku pn mandi solat dan terus zzzzz~

[dari kiri : miza topo n joned]


0 comments: