kanta sentuh [risiko tersembunyi]
komplikasi yang disebabkan kanta sentuh
1. Ulser Kornia
- adalah jangkitan pada kornia
- adalah komplikasi kanta sentuh paling serius
- mungkin menyebabkan kebutaan
tanda-tanda :-
* mata merah
* rasa sakit
* penglihatan kabur
* adanya tahi mata
2. Mata Kering
tanda-tanda :-
* mata tidak selesa
* terasa bendasing dalam mata
3. Calar pada Kornia
- Luka pada permukaan kornia
tanda-tanda :-
* mata berair
* mata merah
* rasa sakit
* penglihatan kabur
4. Konjunktivitis Alergi
- reaksi terhadap bahan kotoran yang terdapat pada kanta sentuh
tanda-tanda :-
* mata gatal
* mata merah
* tahi mata yang bertali-tali
PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN :-
* jangan membeli kanta sentuh dari kaunter jualan atau internet tanpa nasihat dari pengamal yang berkelayakan, ini termasuk kanta sentuh kosmetik berwarna
* jangan memakai kanta sentuh kepunyaan orang lain
* jangan memakai kanta sentuh semasa tidur walaupun ianya jenis pemakaian berterusan, kerana ia akan meningkatkan risiko infeksi mata
* jangan memakai kanta sentuh semasa berenang
* jangan rendam atau cuci kanta dengan saline buatan sendiri, air suling atau air paip
* jangan gunakan larutan cucian kanta yang telah dibuka lebih dari 30hari
jangan memakai kanta sentuh sekiranya terdapat iritasi pada mata atau mata merasa tidak selesa
anda berisiko lebih tinggi untuk
mendapat komplikasi berkaitan dengan
kanta sentuh sekiranya anda tidak mengikuti
nasihat pemakaian kanta sentuh yang betul.
Sekiranya anda tidak dapat mematuhi
langkah-langkah tersebut diatas, anda dinasihat
untuk memakai cermin mata semula
utamakan kesihatan
sihat sepnjang hayat~
-kementerian kesihatan malaysia-
ps: saye juga da disarankan utk tidak memakai lens lagi.wehuu~
0 comments:
Post a Comment