mood saye

saye tak tau cmne nk gamba kan mud saye hari ni
rase sangat hepi
hepi yang tak terkate
hepi yang tak blh nk dihuraikan
hepi yang..ntah la ek
tak tau nk ckp cmne

hr ni buang tebiat,aku bskirt labuh ke ofis
nape ek?


[saye yg sedang buang tebiat.kali ke3 bskirt]

sume pun sebab hepi sangat
sume pn sebab tak saba nk balik jb
hepinye!~

jb!tggu aku tau


smlm dapat panggilan dari rina
ajak berfutsal [ de friendly ngn johor ladies team]
waaaa da sebulan aku kt cni
bermakne da sebulan jugak aku xberfutsal
dan xbersukan
badan da tak fit seyh
mampu ke aku berlari kejar bola?
tu tak penting kot
yg penting aku dpt jmpe kawan2 futsal
rindu giler seyh kat dorang
sori kalau mlm esok aku xmampu main ngan baik




[ni sebahagian kawan-kawan yg saye rindu..saye dimaklumkan de tambahan player.ciao!]

td aku da mesej yem ajak die turun
die mungkin turun
coach aku la tu.huhu

waaa ahad plak my xskulmet nk kawen
waaa bes nye sume kawan2 aku nk kawen da
tahniah to my dearest farah hamizah~

minggu ni memang penuh ngan aktiviti~

skrg ni kol 4.00ptg
bermakne lagi 1jam aku nk beredar dari bumi putrajaya ni
yahoooooo!~

gembira yang xdapat digmbarkan :)


hr ni aku cek emel..
terjumpe satu emel ni pasal jodoh
meh nk share skit story die
jom kite tgk same-same

Moga kita dpt ambil iktibar...


A really good one even for a married person..

Renunglah sejenak jika selepas ini ada lagi yang bertanya soalan Bila nak kawin?
Mungkin jawapan di bawah ini boleh diberi...

Seterusnya mungkin mereka akan berhenti bertanya soalan tersebut..

Renungkanlah sedalam-dalamnya. ...
Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang

jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat.

Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal
si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Sekian je cite nye..
jadi pade yang masih sume-sume yg bace tu
jodoh pertemuan sume Allah yang tentukan
moge korang berbahagia..
harap aku pn dapat gak kebahagiaan tu..
amin..



wanted!!
jejaka ini sedang diburu
sekiranya terjumpe lelaki ini di mana-mana
sila hubungi saye dengan kadar yang segera!~

by : joned

skrip 7707

huhu ahad hr tu aku layan cite ni
ni pn hasil perbalanjaan kawan aku si topo
kuar dating ngan topo dan adik nye mija
janji nk gerak awal tp minah ni sampai kat kol 6ptg jugak [sabo jela aku]
tp da dia booked aku dr hr khamis kot
so xnk la kecewa kn die
aku turuti aje ah :)

kol 6lebey tu kitorg sampai alamanda
terus bratur cari tiket
mule-mule nk tgk kt midvalley
tapi sbb aku mls nk drve sndiri n xtau jalan
so aku suggest tgk je kt alamanda ni
ngee~
layanzz~

cite die cmni..

Filem ini mengisahkan tentang seorang penerbit yang mempunyai himpunan skrip. Beliau di dalam proses menghasilkan sebuah filem seram tetapi menghadapi masalah untuk mendapatkan satu skrip filem.

Beliau telah mengarahkan pembantunya mengiklankan dalam suratkhabar harian mengenai perjumpaan kepada mereka yang boleh berkongsi cerita – cerita seram berdasarkan pengalaman atau cerita – cerita yang pernah didengari oleh mereka.Cerita yang terpilih akan mendapat imbuhan. Perjumpaan tersebut diadakan di sebuah tempat yang strategik.

Pada malam yang ditetapkan, penerbit tersebut telah pergi ke lokasi yang telah ditetapkan. Kedatangan beliau telah dinantikan oleh seramai 9 orang peserta yang telah bersedia untuk berkongsi cerita seram dengan beliau. Perjumpaan pada malam tersebut telah dirakamkan dalam bentuk video sebagai bahan rujukan beliau.

Cerita dimulakan dengan cerita pengalaman penerbit itu sendiri iaitu dengan menceritakan kisahnya yang berlaku semasa beliau mula – mula menjejakkan kaki ke menara gading.

Cerita diteruskan dengan pencerita kedua sehingga yang terakhir.

Setelah selesai, beliau merasa puas hati dengan koleksi cerita yang telah diperolehinya. Setelah mengucapkan terima kasih kepada semua, beliau pun pulang.

Pada keesokkan harinya, sewaktu penerbit itu sedang menyiapkan skrip tersebut, pembantu peribadinya memaklumkan kepada beliau mengenai sambutan iklan yang telah disiarkan dalam suratkhabar dan ramai yang berminat untuk berkongsi kisah mereka. Pembantunya juga mengingatkan bahawa pada malam hari ini perjumpaan tersebut akan diadakan.

Penerbit tersebut terkejut dan mulai berasa hairan kerana perjumpaan tersebut telah pun diadakan pada malam sebelumnya. Kerana tidak berpuas hati dengan mesej yang disampaikan oleh pembantu peribadinya, beliau telah memainkan semula rakaman yang telah dirakam pada malam tersebut. Tetapi beliau sangat terkejut apabila mendapati hanya audio sahaja yang kedengaran tanpa ada visual di dalam rakaman tersebut.

Yang menjadi persoalannya, siapakah orang yang ditemui pada malam tersebut. Beliau sendiri tidak pasti. Yang pastinya, beliau telah memporelehi bahan cerita yang diingininya selama ini.

-tamat-

kuar wayang tu, kitorg duk window shopping
teman topo nk cari beg ah.
kunun nye tapi sume die tak berkenan
da penat jalan,kitorg pn balik
sbb terlalu pnat n esok nk keje
aku pn mandi solat dan terus zzzzz~

[dari kiri : miza topo n joned]



lokasi : one utama

[bunyi msj. peti mesej memuat turun mesej masuk]
joned, aku otw gi kl.aku kat one utama.dtg ar,he3


ha?biar btl ko ni?skrg ktne?ala xtau ktne.amek ah aku

ak br cmpi y0ngpeng.one utama kat damansara sblh tv3.ak ikut bf ak ni.die nk g rally..ajak kamu le


lame ke kt kl?tdo sane ke blk hr?waa nk jmpe ko.rindu ah.hehe :)

xla,ak blk ari.mehla dtg cni.hu3


hehe ok2 aku dtg.kamu say thanks kt ko sbb hr ni die ajak dating tp aku xmo sbb majuk tp da ko suh ajak kamu,die bterimas bpd ko.huhu

he3..kne blnje ak tu.ha3 jumpe disane

oraito~ t da sampai,bgtau aku.aku nk bwk osmet g pasar dl.da ah kensel nk bwk dorg g alamanda hr ni sbb nk jmpe ko tau.hehe

mesej terhenti..

[sekali lagi peti mesej memuat trn mesej]


"ak dah de kat kl"

sepantas cahaya aku menggapai hp sony ericsson merahku dan menaip msj m
engajak aizudd ke lokasi untuk bjumpe huda si gadis cowboy
disebabkan ati yang meronta-ronta ingin pulang jb tidak kesampaian
cukupla dengan berjumpe sahabat dari jb [asalkan ade word JB]
sahabat susah dan senang semase aku training di airport
uwaaa seronok sangat

tak lame menunggu aizudd, kami memulakan perjalanan

Perjalanan yang agak sukar kerana masing-masing tidak mngetahui dimana letaknye lokasi one utama tersebut

Berbekalkan semangat yang kuat, kami merempuh jua jalan yang tidak tau kemane arah tuju

Target utama ‘damansara’

Kami begitu patuh mengikuti arahan signboard ke damansara

Disuruh ke kiri, kami ke kiri

Disuruh ke kanan, kami kekanan

Huhu bagai kerbau yang diikat dihidung [btl ke?]

Ikut saje arahan

Tiba disatu sempang ternampak signboard ke ‘the curve’

Aku pn dengan yakin mengarahkan mengikut laluan ‘the curve’ bile mule teringat msj huda

Aku buka balik peti msj dan membuat semakan

‘cari signboard ke damansara utama, the curve then nmpk ou kat ngan tv3’

Tapi selepas membuat simpangan ke the curve, tiade satu pn arah ke damansara

Untuk tidak membazirkan lebihan minyak si mama, kami membuat pusingan semula

Untuk kali pertama aku membuat silap

[sebenarnye saje bagi chance pd bf.sbb die kan sll lupe jalan.haha~]

Kami meneruskan perjalanan semula

Mula mematuhi signboard damansara utama pula

Dan akhir nye

‘tu Nampak no 1.mesti one utama! Yes! Sampai jugak

Dengan penuh yakin dan semangat aku menjerit.huhu~

Akhirnye pengembaraan kami tidak sia-sia bila akhirnye kami menemui jua destinasi yang di cari

Beg diseluk untuk mencri fon


Dear, da sampai da.nk cr parking.kamu kat mane?

‘ak kat belah belakang kt luar.ko park luar @ dalam?'

park dalam.ko ktne ni?

‘Ko cr kdi guess level bwh then nmpk car show proton..kt ctu de pintu kuar, ko kuar dr pintu tu cri kete satria byk2 park kat luar.aku kt area ctu’

‘ok’

skali lagi kami meneroka komplek tanpa mengetahui lokasi sebenar

Pusing punye pusing akhirnye kami pasrah.xjmpe pn butik guess

Kami amek keputusan untuk bertanye security guard

Tapi hampa kerana beliau pn tak tau [isk pe ah derang ni]

Kami ke info counter untuk mendapatkan lokasi yang dicari

Sebelum mencari lokasi, kami singgah dahulu untuk menunaikan tanggungjawab

Selepas solat, kami menerokai semula one utama dan mencari lokasi butik guess

Jalan punye jalan.naik escalator trn escalator,akhirnye kami menemui butik guess

Tapi mase tu kelibat si gadis koboi langsung tdak kelihatan

Dgn ade nye teknologi yang sedikit canggih,kami berhubung

Kol punye kol, jalan punye jalan, cari punye cari, akhirnnye kami bertemu

Perghh da cam 5juta thn xjmpe kan.hukhuk~

Bersalam-salaman berpelu-pelukan.dan mule menjadi kepoh

Maklumla da lame xjmpe, tu segale macam gossip nk dikongsi

Padahal sll je bermsjing.kalau da dasar kaki gossip mmg cm2 kot

[maaf kepade en aizuddin sbb terabai kamu jap]

Dari satu gossip bertukar ke gossip lain

Setelah banyak dose yang dibuat, kami kehausan

Huda mencari minuman dan aku mencari aiskrim

Nk haagen dasz tp xkesampaian.tp bantai eskrem pe ntah.

Semangkuk kecik rm6.80 tp mmg berbaloi

Sangat puas dan yummy

Aku amik very berry kot [buahan berry+yogurt] nyum nyum

Aizuud kompem la memilih coffee [mmm~]


Kemudian kami ke lokasi dimana aktiviti rally dijalankan

Huhu hebatnye mereka.kalau aku nk hebat cm2 blh tk?

Tapi apekandaya aku.kete manual..kompem la kantoi.haha

Tp nk jugak hebat cam derang..eyh aku pn kn da hebat

Da tere bawak manual [angkat bakul sendiri plak.hahaha]

Kami hanye jadi penonton.keadaan semakin ghairah bila peserta mule menunjukkan aksi

Bahang yang membakar kami kian mule terase.sama seperti bahangnye aksi-aksi peserta di litar

Kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di dalam OU bagi mendapatkan suasana sejuk

[sempat lagi berposing.ngee~]


Kami berjalan dari satu kedai ke satu kedai

Hamper separuh kedai yang berada di OU kami lalui

Lalui jela.dwet xde.kalau msk kang,kompem setan mule menggode untuk membeli macam-macam

Hahaha~

Setelah penat, kami membuat keputusan untuk makan

Si cowboy mencadangkan untuk singgah di kluang station

[ni la rupe kluang station nye.mmg olskool abes.care~]


Untuk mendapatkan suasana johor, aku terus bersetuju walau dihati mau kfc

Turun escalator dan berjalan menuju ke kluang station

Amik tempat duduk dan mule meliar mencari menu yang akan singgah di perut aku

Sume Nampak sedap tapi kalau ikutkan nafsu hurm…kompem la pembaziran akan berlaku

Kami mule decide.

[Huda – roti kaya + the tarik]

[Aizudd – nasi ayam + coffee float [ayam die sangat besh]]

[June- chicken chop + bandung selasih [perghh mabeles weyh]]


Aku rase dalam byk-byk chicken chop yang singgah masuk perut aku, ni la yang paling tip top

Mmg kalau nk mkn, cam nk g kuang station lagi je.

Nasi ayam die pn giler sedap..wat aku keje pow kulit ayam die jek [sori aizudd~]

Kire masakan kt sini mmg sangat tiptop la

T blh ah aku rekemen kat sape2 kn.huhu

Huda kate kat koteraye pn ade

Aizudd plak kate kat kluang pn mmg ade

Wahhh mmg tak heran la kalau die bukak byk cawangan

Da mmg sedap pn

Ade gak rase nk suggest pd krew jalan2 cari makan

Hehehe bley ke cm2? :p

Setelah kekenyangan, kami bergosip lagi

Sehingga larut petang

Fon huda bordering-dering untuk memanggil pulang

Selepas bayar, kami menghantar huda pulang

Rs ajak kami ke litar sepang tp disebabkan kaki saye da krem

Dan aizudd pn nmpk muke letih, kami terpakse menolak ajakan tersebut

Kami Menunggu waktu magrib sebagai menghormati tanggungjawab kami sebelum pulang

Sesudah magrib, kami terus pulang ke rumah akibat kepenatan

Walaupun sangat penat sehingga krem tp saye sangat seronok dapat bjmpe gf dan bf saye

Tanpe mereke, sunyi la idup saye [ceyh cm poyo je ayat aku kn]

Thanks to gf and bf sbb nk hangout ngan aku hr tu.bes sangat!


[one utama]


~ to gf : jgn nakal2 tau.miss ya~

~to bf : thanks a lot dear~